13 UP.8.1.2 (iii) calon-calon akan diberi masa yang berpatutan bagi mencatitkan butirbutir yang perlu di atas kertas jawapan dan untuk mengisi borang kehadiran; (iv) semasa peperiksaan berjalan, suasana di dalam Dewan Peperiksaan mestilah di dalam keadaan aman dan senyap. Ini penting untuk membolehkan semua calon yang terlibat menumpukan fikiran dan tenaga bagi menjawab soalan-soalan peperiksaan. Setiap calon hendaklah berkelakuan baik dan ditegah sama sekali sama ada mengganggu calon-calon lain secara bercakap ataupun membuat bising; (v) jika memerlukan sebarang penjelasan, kertas jawapan ataupun hendak keluar daripada dewan peperiksaan untuk sementara waktu atau terus, calon perlulah mengangkat tangan untuk menarik perhatian salah seorang pengawas yang bertugas bagi menyampaikan hasrat mereka. calon-calon hanya boleh keluar setelah mendapat kebenaran daripada pengawas; (vi) calon-calon dinasihatkan tidak menulis selain daripada perkara-perkara yang ditanya oleh soalan. Perkara-perkara yang dianggap sebagai isu sensitif ataupun apa-apa perkara yang berkaitan dengan Akta Hasutan adalah dilarang ditulis di dalam kertas jawapan mereka. Calon-calon juga dilarang sama sekali menggunakan tempat peperiksaan sebagai tempat meluahkan perasaan dan mengkritik dasar-dasar Kerajaan; (vii) calon-calon tidak dibenarkan sama sekali untuk merokok dalam Dewan Peperiksaan terutamanya dewan yang berlantai "parquet" dan bilik berhawa dingin serta disekitar kawasan Dewan Peperiksaan; (viii) calon-calon hanya dibenarkan meninggalkan Dewan Peperiksaan selepas 30 minit peperiksaan dijalankan dan calon-calon tidak akan dibenarkan meninggalkan Dewan Peperiksaan dalam masa 15 minit sebelum tamat peperiksaan; (ix) sebelum meninggalkan dewan peperiksaan, calon-calon adalah dikehendaki menyerah kertas jawapan beserta buku soalan mereka kepada pengawas berdasarkan kepada arahan ketua pengawas dari semasa ke semasa;
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy