12 UP.8.1.2 (ii) mendapatkan penjelasan terakhir mengenai peraturan-peraturan peperiksaan/tatatertib di Dewan Peperiksaan. 7.3 Kedatangan Yang Lewat Calon-calon yang datang lewat melebihi 30 minit selepas peperiksaan dimulakan mungkin tidak akan dibenarkan mengambil peperiksaan. Sekiranya alasan-alasan yang dikemukakan oleh calon-calon itu logik dan dapat diterima, Ketua Pengawas atas budi bicaranya boleh membenarkan calon-calon itu mengambil peperiksaan. Walau bagaimanapun masa tambahan atas kelewatan yang terjadi itu adalah terpulang atas budi bicara Ketua Pengawas. Ketua pengawas pula adalah bertanggungjawab melaporkan perkara ini kepada Urus Setia Peperiksaan. 7.4 Pakaian Calon-calon yang mengambil peperiksaan adalah diwajibkan sentiasa memakai pakaian pejabat sebagaimana menjalankan tugas-tugas harian rasmi. Ini bermakna calon-calon tidak dibenarkan memakai selipar, baju T, seluar pendek/jeans atau pakaian-pakaian yang tidak sesuai dipakai ke pejabat. Ketua Pengawas boleh menyingkirkan calon-calon dari Dewan Peperiksaan sekiranya mereka melanggar peraturan ini. 7.5 Perkara-Perkara Yang Dilarang Dibawa Masuk Ke Dewan Peperiksaan Sukatan Peperiksaan atau Arahan Kepada Calon telah menjelaskan perkaraperkara yang boleh atau tidak boleh dibawa ke Dewan Peperiksaan. Ketua Pengawas boleh menyingkirkan calon-calon dari Dewan Peperiksaan sekiranya mereka melanggar peraturan ini. 7.6 Peraturan Dalam Dewan Peperiksaan (i) calon-calon hendaklah menyimpan barang-barang yang dilarang dibawa masuk ke dewan peperiksaan di tempat khas yang disediakan/di luar dewan peperiksaan; (ii) calon-calon hendaklah mempamerkan kad pengenalan atau lain-lain kad pengenalan diri dengan cara meletakkan di sudut sebelah kanan meja masing-masing;
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy