Pengurusan Peperiksaan Perkhidmatan Awam

 11 sesuatu peperiksaan di mana peperiksaan tersebut tidak disyaratkan di dalam Skim Perkhidmatannya, maka peperiksaan tersebut tidak akan diiktiraf dan pegawai-pegawai yang mengambilnya dikira gagal dalam peperiksaan tersebut. 5. Menghadiri peperiksaan adalah dianggap sebagai menjalankan tugas-tugas rasmi pejabat dan pegawai yang terlibat bolehlah menuntut sebarang elaun yang biasa seseorang pegawai layak semasa menjalankan tugas-tugas luar pejabat jika peperiksaan tersebut diadakan di luar kawasan ibu pejabat. Walau bagaimanapun pegawai-pegawai perlulah memberitahu Ketua Jabatan masing-masing sebelum menghadiri sesuatu peperiksaan bagi mendapatkan kebenaran Ketua Jabatan masing-masing. Adalah menjadi tanggungjawab Ketua Jabatan untuk memberi kebenaran kepada pegawai- pegawai mereka untuk menghadiri sesuatu peperiksaan perkhidmatan. PELAKSANAAN Persediaan Menduduki Peperiksaan 6. Pegawai-pegawai yang disyaratkan menduduki peperiksaan sama ada pegawai dalam tempoh percubaan mahupun pegawai yang hendak mendapatkan faedah kewangan, naik pangkat atau peningkatan secara lantikan perlulah mendapat perkara- perkara berikut daripada Ketua Jabatan masing-masing atau daripada Urus Setia Peperiksaan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia: (i) Sukatan Peperiksaan Adalah menjadi tanggungjawab setiap pegawai yang hendak menduduki sesuatu peperiksaan mendapatkan Sukatan Peperiksaan daripada Ketua Jabatan. Ini adalah mustahak untuk menentukan apakah subjek-subjek yang perlu diambil oleh seseorang pegawai dan juga untuk memudahkan pegawai-pegawai yang terlibat membuat persediaan bagi menduduki peperiksaan; (ii) Pengumuman Peperiksaan Pegawai-pegawai hendaklah dari semasa ke semasa memeriksa laman sesawang/portal bagi mengetahui tarikh peperiksaan tersebut akan diadakan. Biasanya pegawai-pegawai boleh mendapat maklumat mengenai tarikh peperiksaan itu diadakan di dalam jadual peperiksaan yang dikeluarkan Urus Setia Peperiksaan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy