Pengurusan Peperiksaan Perkhidmatan Awam

 10 CERAIAN UP.8.1.2 PERATURAN TATATERTIB DALAM PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan memberi garis panduan kepada pegawai-pegawai yang akan menduduki peperiksaan perkhidmatan awam. LATAR BELAKANG 2. Peperiksaan perkhidmatan awam ialah peperiksaan yang disyaratkan kepada pegawai-pegawai yang berkhidmat di dalam Perkhidmatan Awam bagi tujuan untuk pengesahan dalam perkhidmatan, kenaikan pangkat, mendapatkan faedah kewangan dan juga peningkatan secara lantikan (PSL). Syarat-syarat peperiksaan yang dikenakan kepada pegawai-pegawai dalam perkhidmatan Kerajaan adalah sebagaimana yang disyaratkan dalam skim-skim perkhidmatan. Dengan adanya syarat-syarat ini, pegawai- pegawai yang dikehendaki mengambil peperiksaan mestilah mempunyai inisiatif masing-masing bagi melengkapkan diri mereka untuk menghadapi peperiksaan tersebut. TAFSIRAN 3. Seseorang pegawai dalam Perkhidmatan Awam perlulah mengetahui apakah jenis- jenis peperiksaan perkhidmatan yang disyaratkan kepada mereka sebelum memutuskan sama ada untuk mengambil peperiksaan atau tidak. Syarat-syarat peperiksaan ini pada kebiasaannya adalah dinyatakan di dalam sesuatu skim perkhidmatan dan juga dalam surat tawaran pelantikan pegawai-pegawai. 4. Menduduki peperiksaan adalah merupakan satu tanggungjawab semua pegawai yang disyaratkan mengambil dan lulus peperiksaan perkhidmatan. Ini bermakna pegawai-pegawai yang terlibat adalah wajib menduduki peperiksaan yang disyaratkan dan pengecualian daripada menduduki (syarat) peperiksaan adalah sama sekali tidak akan diberi. Pegawai-pegawai yang gagal memenuhi syarat-syarat peperiksaan ini adalah bermakna mereka gagal memenuhi syarat-syarat perkhidmatan dan tindakan akan diambil oleh pihak berkuasa berdasarkan kepada perbekalan-perbekalan yang terdapat dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [ P.U. (A) 1/2012 ]. Bagi pegawai yang menduduki

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy