9 Peraturan Lembaga Dan Panel Peperiksaan 11. Lembaga dan Panel Peperiksaan hendaklah mengadakan peraturannya masing- masing. Mesyuarat Lembaga dan Panel Peperiksaan akan ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Pengerusi Lembaga ataupun Panel Peperiksaan berkenaan. Penumpangan Untuk Menduduki Peperiksaan Di Kementerian Lain 12. Ketua Setiausaha Kementerian boleh menggunakan budi bicaranya untuk membenarkan kakitangannya untuk menduduki sesuatu peperiksaan bagi subjek tertentu yang ada dikendalikan oleh Kementerian lain dengan syarat sukatan peperiksaannya adalah setaraf dengan keperluan skim perkhidmatan yang berkenaan dan sesuai dengan bidang tugas pegawai berkenaan. PEMBATALAN 13. Dengan berkuat kuasanya Ceraian ini, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 1998: Peraturan-Peraturan Mengenai Peperiksaan Perkhidmatan Awam adalah dibatalkan. PEMAKAIAN 14. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, Ceraian ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy