8 8. Bidang kuasa Panel Peperiksaan adalah meliputi perkara-perkara berikut: (i) menentu taraf dan mutu soalan; (ii) melantik penggubal-penggubal soalan; (iii) menetap dan mengesahkan soalan peperiksaan yang disediakan oleh penggubal; (iv) mengesahkan contoh jawapan kepada soalan yang diluluskan bagi kertas peperiksaan; (v) melantik pemeriksa-pemeriksa yang terdiri daripada seorang ketua pemeriksa dan dibantu oleh pemeriksa-pemeriksa; (vi) menentukan sistem pemarkahan peperiksaan; dan (vii) menyediakan laporan dan analisis bagi setiap peperiksaan kepada Lembaga Peperiksaan berkenaan. Dasar Peperiksaan 9. Dasar-dasar peperiksaan yang berkaitan dengan urusan peperiksaan dalam perkhidmatan awam sama ada yang menyentuh mengenai Subjek Umum dan Subjek Jabatan adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. Pengecualian Peperiksaan 10. Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia akan bertanggungjawab untuk menimbangkan pengecualian-pengecualian peperiksaan bagi Subjek Umum dan Subjek Jabatan bagi pegawai perkhidmatan gunasama dibawah KPPA. Bagi peperiksaan- peperiksaan oleh Kementerian, maka pertimbangan pengecualian ini adalah di bawah bidang kuasa Ketua Setiausaha.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy