Pengurusan Peperiksaan Perkhidmatan Awam

 7 Pengerusi : Ketua Setiausaha/ Timbalan Ketua Setiausaha Ahli : Ketua-Ketua Jabatan dibawah Kementerian berkenaan atau wakil Wakil Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia Setiausaha : Setiausaha Bahagian yang bertanggungjawab mengenai urusan perkhidmatan Kuasa-Kuasa Lembaga Peperiksaan Kementerian 6. Kuasa-kuasa dan tanggungjawab Lembaga Peperiksaan Kementerian adalah seperti berikut: (i) menentu dan meluluskan sukatan peperiksaan bagi subjek jabatan untuk skimskim perkhidmatan yang terletak di bawah kementerian berkenaan; (ii) melantik mana-mana pegawai kerajaan dan panel-panel peperiksaan dengan jumlah keanggotaan yang sesuai untuk menguruskan peperiksaan- peperiksaan berkenaan; dan (iii) menimbangkan rayuan-rayuan berhubung dengan sesuatu peperiksaan. Penubuhan Panel Peperiksaan 7. Bagi membantu Lembaga Peperiksaan berkenaan, Panel-Panel Peperiksaan hendaklah ditubuhkan bagi mengurus dan mengendalikan peperiksaan-peperiksaan dalam bidang-bidang berkenaan mengikut sukatan peperiksaan sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga dari semasa ke semasa.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy