61 Item dan Skala Penilaian Bagi Kumpulan Pelaksana Kompetensi Tahap Kompetensi 1 2 3 4 5 Keinginan Menimba Ilmu Pengetahuan Kemampuan mencari, mengamalkan dan menambah baik pengetahuan/ kemahiran dalam melaksanakan tugas. Tidak bertanya atau mencari pengetahuan/ kemahiran apabila tidak mengetahui tentang sesuatu perkara. Mampu bertanya atau mencari pengetahuan/ kemahiran apabila tidak mengetahui tentang sesuatu perkara. Mampu mengamalkan pengetahuan/ kemahiran yang baru diperolehi dalam pelaksanaan tugas. Mampu menerima maklum balas untuk menambah baik pengetahuan/ kemahiran yang telah diamalkan. Mampu kenal pasti kelemahan dan menambah baik pengetahuan/ kemahiran secara sukarela dan berterusan. Kesediaan Bertindak Kebolehan menyelesaikan tugas dengan kadar segera dan memenuhi tahap kualiti yang ditetapkan. Tidak menyelesaikan tugas sehingga tugas tersebut perlu dilaksanakan oleh pegawai lain. Menyelesaikan tugas dalam/ melebihi tempoh tetapi tidak memenuhi tahap kualiti yang ditetapkan. Menyelesaikan tugas melebihi tempoh tetapi memenuhi tahap kualiti yang ditetapkan. Menyelesaikan tugas dalam tempoh dan memenuhi tahap kualiti yang ditetapkan. Menyelesaikan tugas lebih cepat berbanding tempoh dan memenuhi tahap kualiti yang ditetapkan.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy