60 Kompetensi Tahap Kompetensi 1 2 3 4 5 Pengurusan Emosi Kebolehan mengawal dan memahami emosi untuk kebaikan diri, individu lain dan organisasi. Tidak boleh mengawal emosi diri sehingga mengakibatkan keburukan terhadap diri sendiri, individu lain dan organisasi. Tidak boleh mengawal emosi diri dan mengakibatkan keburukan terhadap diri sendiri sahaja. Boleh mengawal emosi diri dalam kebanyakan situasi biasa. Boleh mengawal emosi diri dalam pelbagai situasi. Boleh mengawal emosi diri dan memahami emosi individu lain dalam pelbagai situasi. Pengurusan Sumber Keupayaan menggunakan sumber seperti kewangan, tenaga manusia, peralatan atau maklumat bagi pelaksanaan tugas yang cekap. Tidak menggunakan sumber sedia ada dalam kawalannya sehingga mengakibatkan pelaksanaan tugas kurang cekap. Berupaya menggunakan sumber sedia ada dalam kawalannya namun pelaksanaan tugas kurang cekap. Berupaya merancang dan memantau penggunaan sumber sedia ada dalam kawalannya bagi pelaksanaan tugas dengan cekap. Berupaya mengenal pasti sumber lain yang lebih efektif untuk pelaksanaan tugas yang lebih cekap. Berupaya merancang dan memastikan penggunaan sumber sedia ada dan sumber lain secara efektif untuk pelaksanaan tugas yang lebih cekap.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy