Sistem Pengurusan Prestasi Pegawai Perkhidmatan Awam Malaysia

 59 Kompetensi Tahap Kompetensi 1 2 3 4 5 Komunikasi Kebolehan menyampaikan maklumat, idea atau maklum balas menggunakan kaedah lisan dan penulisan dengan jelas dan tepat. Tidak boleh menyampaikan maklumat, idea atau maklum balas melalui kaedah lisan atau penulisan apabila dikehendaki. Boleh menyampaikan maklumat, idea atau maklum balas melalui kaedah lisan atau penulisan walaupun tidak tepat atau tidak jelas. Boleh menyampaikan maklumat, idea atau maklum balas melalui kaedah lisan ATAU penulisan dengan jelas dan tepat. Boleh menyampaikan maklumat, idea atau maklum balas melalui kaedah lisan DAN penulisan dengan jelas dan tepat. Boleh menyampaikan maklumat, idea atau maklum balas melalui kaedah lisan DAN penulisan dengan jelas dan tepat sehingga boleh mempengaruhi secara positif individu lain atau organisasi. Penyelesaian Masalah Keupayaan mengenal pasti punca masalah dan kaedah penyelesaian berkaitan pelaksanaan tugas. Tidak mengetahui wujudnya masalah berkaitan pelaksanaan tugas. Berupaya mengenal pasti punca sebenar masalah berkaitan pelaksanaan tugas. Berupaya mencadangkan alternatif penyelesaian terhadap masalah berkaitan pelaksanaan tugas. Berupaya mengenal pasti alternatif penyelesaian yang terbaik terhadap masalah berkaitan pelaksanaan tugas. Berupaya mencadangkan tindakan atau langkah proaktif bagi mengelakkan masalah yang sama berulang.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy