58 KOMPONEN 3: KOMPETENSI TINGKAH LAKU (KTL) Item dan Skala Penilaian Bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional Kompetensi Tahap Kompetensi 1 2 3 4 5 Pemikiran Adaptif Kebolehan berfikir dan bertindak dengan berkesan bagi menangani apa jua perubahan isu atau situasi di tempat kerja. Tidak berupaya mengenal pasti sumber rujukan atau maklumat untuk bertindak. Boleh bertindak berdasarkan sumber rujukan atau maklumat sedia ada. Boleh bertindak berdasarkan sumber rujukan sedia ada dan maklumat lain. Boleh menyesuaikan pemikiran dan mengambil tindakan mengikut isu atau situasi semasa. Boleh menilai semula, mengubah suai pemikiran dan mengambil tindakan mengikut jangkaan isu atau situasi masa hadapan. Kesediaan Bertindak Kebolehan menyelesaikan tugas dengan kadar segera dan memenuhi tahap kualiti yang ditetapkan. Tidak menyelesaikan tugas sehingga tugas tersebut perlu dilaksanakan oleh pegawai lain. Menyelesaikan tugas dalam/ melebihi tempoh tetapi tidak memenuhi tahap kualiti yang ditetapkan. Menyelesaikan tugas melebihi tempoh tetapi memenuhi tahap kualiti yang ditetapkan. Menyelesaikan tugas dalam tempoh dan memenuhi tahap kualiti yang ditetapkan. Menyelesaikan tugas lebih cepat berbanding tempoh dan memenuhi tahap kualiti yang ditetapkan.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy