Sistem Pengurusan Prestasi Pegawai Perkhidmatan Awam Malaysia

 52 12. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam boleh, dari semasa ke semasa, menetapkan apa-apa item penilaian bagi memastikan pelaksanaannya memenuhi prinsip yang ditetapkan iaitu bagi tujuan intervensi atau pembangunan pegawai. Skala dan skor penilaian adalah seperti di Lembaran UP.4.1.1(A5-1). Fungsi 8: Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) 13. Fungsi ini menyediakan kemudahan dalam talian bagi membantu urus setia PPSM, Pegawai Psikologi di jabatan dan/ atau mana-mana pihak lain yang berkepentingan dalam menjalankan fungsi pengurusan sumber manusia. Antara kemudahan yang disediakan adalah seperti pelaporan, analisis keperluan, mekanisme tapisan bagi tujuan pemberian pergerakan gaji tahunan, anugerah perkhidmatan cemerlang, pingat perkhidmatan cemerlang, pengiktirafan lain, penempatan dan pembangunan kerjaya. 14. Mekanisme pemarkahan bagi penetapan markah, penetapan wajaran bagi setiap elemen prestasi dan kategori pencapaian prestasi pegawai adalah sepertimana yang ditetapkan di Lembaran UP.4.1.1(A5-2). Tatacara Penggunaan Modul Pengurusan Prestasi – MyPerformance 15. Manual Pengguna Modul Pengurusan Prestasi - MyPerformance boleh dicapai melalui Portal Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia. 16. Ringkasan komponen, tanggungjawab penetapan item, skala serta skor penilaian dalam Modul Pengurusan Prestasi – MyPerformance adalah seperti di Jadual 1.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy