51 Skala dan skor penilaian adalah seperti di Lembaran UP.4.1.1(A5-1). Fungsi 5: Kompetensi Tingkah Laku 7. Fungsi ini menyenaraikan senarai kompetensi tingkah laku standard seseorang pegawai mengikut kumpulan perkhidmatan. Skala dan skor penilaian adalah seperti di Lembaran UP.4.1.1(A5-1). Fungsi 6: Kompetensi Fungsian 8. Fungsi ini menyenaraikan semua kompetensi yang perlu dimiliki oleh seseorang pegawai bagi melaksanakan fungsi tugas jawatan yang disandang. Senarai kompetensi yang dipadankan merupakan kompetensi jawatan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan masing-masing. Tiada had ditetapkan bagi bilangan kompetensi fungsian bagi satu-satu jawatan. 9. Walau apa pun ketetapan di perenggan 8, bilangan kompetensi fungsian yang perlu dinilai bagi PYD dalam satu (1) tahun penilaian adalah tujuh (7) kompetensi. 10. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam boleh, dari semasa ke semasa menetapkan apa-apa bilangan kompetensi fungsian yang perlu dinilai dalam suatu tahun penilaian bagi memastikan pelaksanaannya memenuhi prinsip yang ditetapkan iaitu bagi tujuan intervensi atau pembangunan pegawai. Skala dan skor penilaian adalah seperti di Lembaran UP.4.1.1(A5-1). Fungsi 7: Nilai Sepunya 11. Fungsi ini menyenaraikan set tingkah laku untuk membentuk sikap seseorang pegawai supaya sentiasa mematuhi peraturan dan mengamalkan nilai teras perkhidmatan awam.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy