Sistem Pengurusan Prestasi Pegawai Perkhidmatan Awam Malaysia

 50 inovasi dan kreativiti serta bakat yang berupaya memberi nilai tambah kepada diri PYD, jabatan, masyarakat dan negara. Maklumat jenis penglibatan dan sumbangan yang direkodkan dalam fungsi ini boleh digunakan bagi tujuan pengurusan sumber manusia contohnya bagi pemberian pingat perkhidmatan cemerlang dan pengiktirafan lain. 6. Jenis penglibatan dan sumbangan yang boleh direkodkan menggunakan komponen ini adalah seperti yang berikut: (a) memegang apa-apa jawatan atau menganggotai pertubuhan kemasyarakatan/ badan bukan Kerajaan (NGO)/ kelab/ persatuan/ pasukan sukarelawan/ badan atau pertubuhan ikhtisas/ profesional (tidak termasuk pertubuhan atau parti politik); (b) menyertai atau menganjurkan program kesukarelawan; (c) memenangi, menyertai atau menganjurkan pertandingan atau penulisan atau penghasilan produk di berkaitan inovasi/ kreatif/ kemahiran dan bakat di peringkat Komuniti/ Daerah, Negeri/ Kementerian, Kebangsaan dan Antarabangsa; (d) memenangi atau menyertai pertandingan atau memberi khidmat kejurulatihan/ pengadil atau menganjurkan atau melaksanakan program/ aktiviti sukan, permainan atau rekreasi peringkat Komuniti/ Daerah, Negeri/ Kementerian, Kebangsaan dan Antarabangsa; (e) perkara-perkara lain yang berkaitan yang dianjurkan atau disertai di luar tugas rasmi pegawai; dan (f) perkara-perkara lain yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dari semasa ke semasa.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy