Sistem Pengurusan Prestasi Pegawai Perkhidmatan Awam Malaysia

 49 Fungsi 1: Papan Pemuka (Dashboard) 2. Papan pemuka (Dashboard) mengandungi maklumat PYD, PP dan PPS, fungsi CDC, status penilaian dan pelaporan elemen prestasi bagi tahun penilaian. Maklumat PYD, PP dan PPS perlu dilengkapkan dengan tepat oleh bahagian/ cawangan/ unit yang menguruskan sumber manusia di jabatan. Bagi memastikan paparan maklumat tersebut tepat, bahagian/ cawangan/ unit yang menguruskan sumber manusia boleh merujuk rekod perkhidmatan pegawai dan struktur perjawatan di jabatan. Fungsi 2: Maklum Balas Prestasi dan Pembangunan Diri Berterusan (CDC) 3. Fungsi ini memberikan kemudahan pelaksanaan CDC seperti di Lampiran UP.4.1.1(A4) secara dalam talian dan berupaya merekodkan transaksi proses komunikasi dua hala antara PP dengan PYD. Laporan CDC boleh dijana bagi tujuan rujukan pegawai dalam meningkatkan prestasi PYD selain boleh digunakan sebagai dokumen pembuktian dalam proses siasatan dan keputusan oleh PPSM. Fungsi 3: Sasaran Kerja Utama (SKU) 4. Fungsi ini menyediakan kemudahan penetapan objektif penyampaian perkhidmatan di peringkat jabatan, penetapan petunjuk prestasi utama mengikut akauntabiliti jawatan dan merekodkan pencapaian penghasilan kerja. Skala dan skor penilaian adalah seperti di Lembaran UP.4.1.1(A5-1). Fungsi 4: Penglibatan dan Sumbangan 5. Fungsi ini merekodkan penglibatan dan sumbangan PYD di luar tugas rasmi atau selain daripada yang dinyatakan dalam deskripsi tugas (JD) dan tiada pelantikan secara rasmi daripada jabatan masing-masing. Perkara ini bertujuan menggalakkan PYD untuk bergiat aktif atau menyumbangkan tenaga, kepimpinan, pengetahuan, kepakaran, daya

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy