44 4. Semua pegawai berperanan memastikan prinsip utama pelaksanaan CDC dapat diamalkan di jabatan. Contoh amalan terbaik yang boleh dijadikan panduan adalah seperti di Jadual 1. Jadual 1 Contoh Amalan Terbaik Peranan Pegawai Ketua Jabatan (a) Menjadi peneraju perubahan agar CDC berjaya dilaksanakan oleh semua pegawai di jabatan masingmasing. (b) Melaksanakan program kesedaran dan latihan kepada pegawai terutama pegawai lantikan baharu dan pegawai yang baharu diberikan kenaikan pangkat. (c) Mewujudkan panduan dalaman sekiranya perlu. (d) Menguruskan masalah prestasi pegawai. Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) (a) Memastikan cadangan pembangunan pegawai direkodkan dalam Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia atau apa-apa sistem lain yang ditetapkan secara dalam talian diambil tindakan yang sewajarnya. (b) Meneliti rekod CDC pegawai sebagai salah satu kaedah siasatan atau bagi membantu dalam membuat keputusan. Urus Setia PPSM (a) Membantu Ketua Jabatan membuat hebahan atau mengadakan promosi bagi menjelaskan kepentingan dan keperluan pelaksanaan CDC di jabatan masingmasing. (b) Memastikan cadangan intervensi atau program pembangunan yang direkodkan dalam Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia atau apa-apa
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy