43 LAMPIRAN UP.4.1.1(A4) PANDUAN PELAKSANAAN MAKLUM BALAS PRESTASI DAN PEMBANGUNAN DIRI BERTERUSAN (CDC) 1. CDC merupakan salah satu mekanisme pengurusan prestasi pegawai menggunakan kaedah maklum balas berterusan antara Pegawai Penilai (PP) dengan Pegawai Yang Dinilai (PYD) berkaitan aspek prestasi dan pembangunan kerjaya pegawai. 2. CDC boleh dilaksanakan secara formal atau tidak formal. Kaedah pelaksanaan secara formal adalah seperti program pengupayaan kendiri dan program pementoran. Pelaksanaan secara tidak formal pula boleh dilaksanakan secara perseorangan atau secara berkumpulan, termasuk melalui bimbingan menerusi komponen CDC dalam Modul Pengurusan Prestasi – MyPerformance atau apa-apa sistem lain yang ditetapkan secara dalam talian, aplikasi telefon, video, emel, mesyuarat, perbincangan kumpulan, seminar dan sebagainya. 3. Empat (4) prinsip utama pelaksanaan CDC adalah seperti yang berikut: (a) relevan: kaedah pelaksanaan bersesuaian dengan konteks perkhidmatan dan kompleksiti jabatan; (b) tepat pada masanya (timely): pelaksanaan pada masa yang sesuai dan secara berterusan; (c) telus: pegawai mempunyai kefahaman yang jelas tentang pelaksanaan CDC; dan (d) tindakan (action oriented): pegawai melaksanakan tindakan sewajarnya hasil daripada pelaksanaan CDC.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy