42 PYD hendaklah melengkapkan pengisian laporan penilaian prestasi bagi setiap tempoh bertugas yang berkenaan. Rekod laporan penilaian prestasi tersebut boleh digunakan semasa penyediaan laporan penilaian prestasi tahunan PYD oleh PP di jabatan terkini. (d) Senario 4: PYD kembali melapor diri bertugas selepas tamat sebarang cuti yang diluluskan PYD hendaklah melengkapkan pengisian laporan penilaian prestasi bagi tempoh bertugas yang berkenaan. Walau bagaimanapun, laporan penilaian prestasi tahunan bagi PYD hanya akan disediakan oleh PP sekiranya PYD yang memenuhi syarat-syarat yang berikut: (i) tempoh bergaji penuh melebihi 180 hari dalam tahun penilaian; dan (ii) tempoh menjalankan tugas jawatan melebihi tempoh cuti bergaji penuh dalam tahun penilaian. (e) Senario 5: PYD dilantik selepas 1 Julai PYD hendaklah melengkapkan pengisian laporan penilaian prestasi bagi membolehkan PP menyediakan laporan penilaian prestasi tahunan bagi PYD apabila tempoh sebenar perkhidmatan PYD genap enam (6) bulan. (f) Senario 6: Laporan penilaian prestasi tahunan tidak disediakan oleh PP yang telah bersara, meletak jawatan atau tidak dapat dikesan PYD hendaklah memastikan PP lain yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan menyediakan laporan penilaian prestasi tahunan bagi PYD.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy