41 tepat. Sebarang permohonan semakan semula yang dibuat di luar tempoh atau tidak mematuhi tatacara yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan; dan (h) menjaga kerahsiaan hasil penilaian dan keputusan PPSM yang berkaitan tentang dirinya daripada mana-mana pegawai atau pihak lain yang tidak berkenaan. 2. Tanggungjawab PYD dalam senario yang dinyatakan di bawah adalah seperti yang berikut: (a) Senario 1: PYD yang akan bertukar, diberi pelepasan untuk dilantik ke jawatan lain, diluluskan cuti atau kursus yang melebihi 180 hari, dinaikkan pangkat atau bersara PYD hendaklah melengkapkan pengisian instrumen prestasi dan memastikan laporan penilaian prestasi serta-merta terhadapnya dibuat oleh PP bagi tempoh seliaan tersebut. (b) Senario 2: PP yang akan bertukar, diberi pelepasan untuk dilantik ke jawatan lain, diluluskan cuti atau kursus yang melebihi 180 hari, dinaikkan pangkat atau bersara PYD hendaklah melengkapkan pengisian instrumen prestasi dan memastikan laporan penilaian prestasi serta-merta terhadapnya dibuat oleh PP bagi tempoh seliaan tersebut. (c) Senario 3: PYD bertugas di jabatan yang berlainan atau diselia oleh lebih daripada seorang penyelia dalam tahun penilaian
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy