38 (a) pemantauan dan penilaian prestasi PYD dilaksanakan secara berterusan sepanjang tahun; (b) tidak menggunakan penilaian prestasi untuk menekan atau mengugut PYD; dan (c) melaksanakan proses maklum balas berterusan seperti panduan yang ditetapkan di Lampiran UP.4.1.1(A4). 5. PP tidak perlu menyediakan laporan penilaian prestasi tahunan bagi PYD yang— (a) tempoh bergaji penuh melebihi 180 hari dalam tahun penilaian tetapi dalam tempoh tersebut, tempoh kategori cuti bergaji penuh adalah sama atau melebihi tempoh menjalankan tugas jawatan; (b) diluluskan cuti (Cuti Separuh Gaji (CSG)/ Cuti Tanpa Gaji (CTG) atau kombinasi kedua-duanya) melebihi 180 hari dalam tahun penilaian; atau (c) tidak melaksanakan tugas jawatan tanpa cuti melebihi 180 hari dalam tahun penilaian, antara lain, PYD yang— (i) ditahan kerja; (ii) digantung kerja; (iii) tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah atau tidak dapat dikesan; atau
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy