36 PP hendaklah mengarahkan PYD melengkapkan pengisian instrumen prestasi dan menyediakan laporan penilaian prestasi serta-merta terhadap PYD bagi tempoh seliaan tersebut. (b) Senario 2: PP yang akan bertukar, diberi pelepasan untuk dilantik ke jawatan lain, diluluskan cuti atau kursus yang melebihi 180 hari, dinaikkan pangkat atau bersara PP hendaklah mengarahkan PYD melengkapkan pengisian instrumen prestasi dan menyediakan laporan penilaian prestasi serta-merta terhadap PYD bagi tempoh seliaan tersebut. (c) Senario 3: PYD bertugas di jabatan yang berlainan atau diselia oleh lebih daripada seorang penyelia dalam tahun penilaian PP hendaklah menyediakan laporan penilaian prestasi PYD bagi setiap tempoh seliaan yang berkenaan. Rekod laporan penilaian prestasi tersebut boleh digunakan semasa penyediaan laporan penilaian prestasi tahunan PYD oleh PP di jabatan terkini. (d) Senario 4: PYD kembali melapor diri bertugas selepas tamat daripada apa-apa cuti yang diluluskan PP hendaklah menyediakan laporan penilaian prestasi PYD bagi tempoh seliaan yang berkenaan. Walau bagaimanapun, PP hanya bertanggungjawab menyediakan laporan penilaian prestasi tahunan bagi PYD yang memenuhi syarat-syarat berikut: (i) tempoh bergaji penuh1 melebihi 180 hari dalam tahun penilaian; dan 1 Tempoh bergaji penuh adalah kombinasi tempoh menjalankan tugas jawatan dan tempoh cuti bergaji penuh dalam tahun penilaian.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy