23 (i) Urus Setia PPSM Urus setia PPSM hendaklah— (a) menentukan jadual proses tindakan pelaksanaan sistem pengurusan prestasi; (b) memastikan sistem pengurusan prestasi dalam talian boleh diakses atau disediakan kepada semua pegawai; (c) memastikan PP dan PYD mematuhi peranan masing-masing yang ditetapkan dalam Lampiran UP.4.1.1(A2) dan Lampiran UP.4.1.1(A3); (d) memastikan PYD yang dinyatakan dalam perenggan 5 Lampiran UP.4.1.1(A2) tidak disediakan laporan penilaian prestasi tahunan bagi tahun penilaian tersebut dan diberikan status Tidak Sesuai Dinilai. Maklumat PYD tersebut hendaklah dilaporkan kepada PPSM; (e) memastikan PYD yang dilantik selepas 1 Julai dalam tahun penilaian disediakan laporan penilaian prestasi tahunannya selepas tempoh sebenar perkhidmatannya genap enam (6) bulan; (f) menganalisis prestasi keseluruhan PYD yang terlibat dan menyediakan laporan serta syor untuk pertimbangan PPSM; (g) mengambil tindakan susulan ke atas syor dan keputusan PPSM seperti pergerakan gaji tahunan, penganugerahan darjah kebesaran, bintang, dan pingat, pemberian anugerah, program pembangunan,
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy