21 (h) mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya dua kali setahun; (i) memaklumkan keputusan yang telah dibuat menggunakan kaedah yang bersesuaian, terhad bagi tujuan pengurusan sumber manusia PYD tersebut sahaja dalam tempoh yang ditetapkan; (j) mewujudkan tatacara pengurusan semakan semula hasil penilaian prestasi di jabatan yang hendaklah merangkumi proses yang berikut: (i) pemakluman keputusan PPSM; (ii) permohonan semakan semula oleh PYD kepada urus setia PPSM; (iii) mengadakan siasatan terhadap permohonan semakan semula (jika perlu); (iv) mengadakan mesyuarat PPSM bagi meneliti permohonan semakan semula; dan (v) pemakluman keputusan PPSM bagi permohonan semakan semula itu kepada PYD; Contoh tatacara pengurusan semakan semula adalah seperti dalam carta alir di Ilustrasi 1; (k) menetapkan tempoh bagi setiap proses di perenggan 5 (j) di atas dengan syarat semua proses diselesaikan dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh keputusan PPSM dimaklumkan kepada PYD. Sebarang permohonan semakan semula yang dibuat di luar tempoh atau tidak mematuhi tatacara yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan; dan (l) memastikan sebarang pemerhatian dan keputusan PPSM direkodkan dan disimpan menurut tatacara pengurusan rekod Kerajaan yang berkuat kuasa.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy