20 5. PPSM bertanggungjawab ke atas perkara-perkara yang berikut: (a) memastikan penilaian prestasi dilaksanakan berdasarkan jadual pengurusan prestasi tahunan yang ditetapkan; (b) mengesahkan hasil penilaian prestasi PYD yang sedang atau telah berkhidmat di jabatannya; (c) sekiranya terdapat keraguan terhadap hasil penilaian PYD, PPSM hendaklah mendapatkan kepastian daripada PYD, PP atau Pegawai Penilai Semula (PPS) dan merujuk rekod Maklum Balas Prestasi dan Pembangunan Diri Berterusan (CDC) atau apa-apa kaedah lain yang difikirkan wajar; (d) mengesyorkan keperluan program intervensi atau program pembangunan kepada PYD mengikut keperluan; (e) menentukan kelayakan atau kesesuaian untuk pemberian ganjaran berasaskan prestasi, contohnya pergerakan gaji tahunan (PGT), insentif berasaskan prestasi (BIPs) dan ganjaran lain tertakluk kepada peraturan yang berkuat kuasa; (f) menentukan kelayakan atau kesesuaian untuk pengiktirafan contohnya anugerah perkhidmatan cemerlang, pingat perkhidmatan cemerlang, darjah kebesaran, bintang dan pingat serta pengiktirafan lain, tertakluk kepada peraturan yang berkuat kuasa; (g) menjalankan apa-apa fungsi lain yang ditetapkan di bawah mana-mana panduan ini atau peraturan lain yang berkuat kuasa;
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy