15 langkah awal bagi mengelakkan insiden pegawai bermasalah prestasi dalam perkhidmatan awam. Panduan pelaksanaan amalan terbaik Maklum Balas Prestasi dan Pembangunan Diri Berterusan (CDC) adalah seperti yang dinyatakan dalam Lampiran UP.4.1.1(A4). (iii) Instrumen Prestasi, Skala dan Skor Penilaian Pegawai hendaklah menggunakan instrumen prestasi, skala dan skor penilaian mengikut jawatan yang disandang seperti yang ditetapkan dalam Lampiran UP.4.1.1(A5). (iv) Penyediaan dan Penetapan Penghasilan Kerja Menggunakan Format Sasaran Kerja Utama (SKU) Pegawai hendaklah menyediakan penghasilan kerja di peringkat pasukan atau individu menggunakan format Sasaran Kerja Utama (SKU) seperti yang ditetapkan dalam Lampiran UP.4.1.1(B1). (v) Pembangunan dan Penetapan Kompetensi Fungsian Ketua Perkhidmatan hendaklah membangunkan kompetensi fungsian bagi semua skim perkhidmatan di bawahnya berdasarkan panduan yang disediakan. Ketua Jabatan hendaklah merujuk kamus kompetensi fungsian bagi menetapkan kompetensi fungsian beserta tahap kecekapan kompetensi untuk pegawai di jabatannya. Panduan bagi Pembangunan dan Penetapan Kompetensi Fungsian adalah seperti di Lampiran UP.4.1.1(B2).
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy