14 (b) Tadbir Urus Keberkesanan pelaksanaan MyPerformance amat bergantung kepada pematuhan pegawai terhadap aspek tadbir urus yang berikut: (i) Peranan Pegawai Pegawai hendaklah menjalankan peranan masing-masing mengikut tanggungjawab yang ditetapkan berpandukan seperti yang berikut: (1) Panduan kepada Ketua Jabatan, Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) dan Keurussetiaan seperti di Lampiran UP.4.1.1(A1); (2) Panduan kepada Pegawai Penilai seperti di Lampiran UP.4.1.1(A2); dan (3) Peranan Pegawai Yang Dinilai seperti di Lampiran UP.4.1.1(A3). (ii) Maklum Balas Prestasi dan Pembangunan Diri Berterusan (CDC) Pegawai hendaklah membudayakan amalan maklum balas prestasi dan pembangunan diri secara berterusan sepanjang tempoh perkhidmatannya. Amalan ini penting bagi membantu pegawai mendapatkan maklum balas awal daripada Pegawai Penilai dan tindakan yang perlu diambil berhubung dengan pencapaian prestasinya. Amalan ini juga bertindak sebagai
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy