12 c. Ketua Jabatan hendaklah merujuk kamus kompetensi dan pembangunan kompetensi yang disediakan oleh Ketua Perkhidmatan bagi menetapkan kompetensi fungsian dan program pembangunan bagi pegawai di jabatannya. (iv) bagi memastikan penilaian prestasi dan kompetensi memenuhi prinsip MyPerformance, penambahbaikan telah dibuat ke atas aspek-aspek seperti yang berikut: (1) Skala Penilaian a. penggunaan skala penilaian berasaskan tahap tingkah laku bagi kompetensi tingkah laku; b. penggunaan skala penilaian berasaskan tahap kemahiran, pengetahuan dan kebergantungan kepada penyelia bagi kompetensi fungsian; dan c. pengukuran tahap keaktifan bagi penglibatan dan sumbangan pegawai. (2) Penghasilan Kerja a. kaedah penetapan sasaran dan pelaporan pencapaian penghasilan kerja menggunakan format Sasaran Kerja Utama (SKU); dan b. sasaran penghasilan kerja boleh dikaji semula berdasarkan keperluan jabatan.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy