Sistem Pengurusan Prestasi Pegawai Perkhidmatan Awam Malaysia

 115 Peranan Proses Tempoh Masa Modul Pengurusan Prestasi (4) Pelaksanaan, Pemantauan dan Maklum Balas Prestasi Berterusan (Nota: Sepanjang tempoh ini, laporan penilaian prestasi pegawai boleh disediakan menggunakan MyPerformance pada bila-bila masa bagi tujuan pemantauan dan maklum balas prestasi berterusan) Pegawai Yang Dinilai - (a) Melaksanakan kerja bagi mencapai sasaran prestasi yang ditetapkan. (b) Mengemas kini pencapaian sebenar penghasilan kerja dan penglibatan dan sumbangan dari semasa ke semasa. (c) Mendapatkan maklum balas prestasi secara berterusan daripada PP atau PPS. (d) Mengikuti intervensi atau program pembangunan secara sukarela atau apabila diarahkan oleh PP, PPS atau Ketua Jabatan. (12 bulan) 1 Januari hingga 31 Disember MyPerformance – Sasaran Kerja Utama Kompetensi Tingkah Laku Kompetensi Fungsian Penglibatan dan Sumbangan 1. Pegawai Penilai Semula 2. Pegawai Penilai 3. Ketua Jabatan - (e) Memantau dan menilai aspek tatakelakuan, kompetensi, penghasilan kerja serta laporan cuti PYD dan memberi maklum balas secara berterusan. (f) Mengesyorkan dan memastikan PYD mengikuti intervensi atau program pembangunan yang ditetapkan bagi memastikan PYD kekal berprestasi tinggi. (g) Melaporkan segera kepada Ketua Jabatan sebarang pelanggaran tata kelakuan atau sebarang isu kesihatan yang menjejaskan prestasi kerja PYD agar tindakan sewajarnya dapat dibuat dalam tahun penilaian. (12 bulan) 1 Januari hingga 31 Disember MyPerformance – Sasaran Kerja Utama Kompetensi Tingkah Laku Kompetensi Fungsian Penglibatan dan Sumbangan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy