Sistem Pengurusan Prestasi Pegawai Perkhidmatan Awam Malaysia

 113 LAMPIRAN UP4.1.1(C) Jadual Pengurusan Prestasi Tahunan Penetapan jadual pengurusan prestasi tahunan adalah ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Sehubungan itu, setiap Jabatan hendaklah mematuhi jadual yang ditetapkan. Peranan Proses Tempoh Masa Modul Pengurusan Prestasi (1) Perancangan Kerja Tahunan Jabatan 1. Ketua Jabatan 2. Pegawai Kanan Jabatan 3. Bahagian/ Cawangan/ Unit yang menguruskan perancangan dan pemantauan kerja tahunan jabatan - (a) Menentukan strategi, program, projek dan aktiviti tahunan jabatan berasaskan dasar dan perancangan negara serta sumber kewangan, keanggotaan, maklumat dan peralatan yang diperuntukkan. (b) Menetapkan petunjuk prestasi utama bagi setiap objektif penyampaian perkhidmatan jabatan berdasarkan prinsip S.M.A.R.T. iaitu spesifik (specific), boleh diukur (measurable), boleh dicapai (attainable), relevan (relevant) dan mempunyai jangka masa (time bound). (c) Mengagihkan objektif penyampaian perkhidmatan dan petunjuk prestasi utama jabatan kepada bahagian/ cawangan/ unit. (2 bulan) November – Disember MyPerformance – Sasaran Kerja Utama (2) Penetapan Rancangan Kerja Bahagian/ Cawangan/ Unit Ketua Bahagian/ Cawangan/ Unit - (a) Mengagihkan tugas dan tanggungjawab bagi melaksanakan program, projek dan aktiviti serta perancangan kerja bahagian/ cawangan/ unit berasaskan program, projek dan aktiviti jabatan. (1 bulan) Januari MyPerformance – Sasaran Kerja Utama

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy