110 Lembaran UP.4.1.1(B2-4) CONTOH PEMBENTUKAN KETERANGAN KOMPETENSI FUNGSIAN Kompetensi Fungsian Pengetahuan/ Kemahiran/ Tingkah Laku + Aspek Tugas + Kualiti Hasil Pengurusan Sumber Manusia Memiliki pengetahuan dan kemahiran berkaitan pengurusan sumber manusia iaitu urusan perkhidmatan; pembangunan organisasi, pembangunan modal insan; urusan gaji dan pencen selaras dengan peraturan-peraturan berkuatkuasa dan keperluan jabatan bagi memastikan kefungsian organisasi dan sistem penyampaian perkhidmatan berada pada tahap optimum. Literasi Data Memiliki pengetahuan dan kemahiran mengurus, mentafsir dan menganalisis data/ maklumat dengan menggunakan metodologi yang bersesuaian bagi membantu proses pembuatan keputusan yang komprehensif dan tepat. Perkhidmatan Kejuruteraan Awam Memiliki pengetahuan dan kemahiran dalam perkhidmatan kejuruteraan awam bagi fasa perancangan, rekabentuk, perolehan, pembinaan, penyerahan dan penyelenggaraan yang cekap bagi fasiliti bangunan dan infrastruktur selaras dengan akta, peraturan, spesifikasi dan dasar yang sedang berkuatkuasa bagi menjamin struktur dan infrastruktur yang disediakan selamat, berfungsi dengan baik, kos efektif dan memenuhi kehendak pelanggan. Pengurusan Projek/ Program Memiliki pengetahuan mengenai teori dan amalan terbaik serta kemahiran dalam mengurus projek fizikal (infrastruktur dan utiliti), bukan fizikal dan program yang merangkumi fasa perancangan dan pengurusan projek/ program, pemantauan, penilaian impak dan keberhasilan, pengurusan sumber dan pembiayaan serta pengurusan kumpulan sasar/ stakeholder bagi memastikan pelaksanaan projek/ program yang cekap, berkesan serta value for money.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy