Pengurusan Prestasi

 10 (a) pengambilan dan penempatan pegawai; (b) pemberian ganjaran berasaskan prestasi, contohnya bagi menentukan kelayakan atau kesesuaian pergerakan gaji tahunan; (c) pengiktirafan dalam perkhidmatan, contohnya anugerah perkhidmatan cemerlang, pingat perkhidmatan, bintang kebesaran atau pengiktirafan yang lain; (d) pembangunan kerjaya, contohnya merancang dan mengenal pasti keperluan pembelajaran, latihan, kursus, pertimbangan pemangkuan, kenaikan pangkat, peminjaman atau pertukaran sementara; (e) intervensi; dan (f) penamatan perkhidmatan pegawai. CIRI-CIRI MyPERFORMANCE 8. MyPerformance mempunyai ciri-ciri instrumen prestasi dan tadbir urus seperti yang berikut: (i) Instrumen Prestasi (a) penggunaan instrumen prestasi dalam talian mengandungi dua (2) komponen prestasi iaitu: i. komponen generik berdasarkan keperluan semasa perkhidmatan awam; dan (b) komponen fungsian yang boleh disesuaikan dengan fungsi dan peranan jabatan, jawatan atau skim perkhidmatan masing-masing. (c) setiap komponen prestasi mengandungi elemen prestasi seperti di Jadual 1:

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy