105 Lembaran UP.4.1.1(B2-1) CONTOH PENENTUAN TUGAS UTAMA DAN KOMPETENSI FUNGSIAN ANDAIAN (PROBABLE FUNCTIONAL COMPETENCY) BERDASARKAN DOKUMEN PENGHURAIAN KERJA Pegawai Tadbir dan Diplomatik a. Membantu Ketua Jabatan dalam urusan pentadbiran. b. Membantu merancang dasar yang bersesuaian dengan perubahan berpandukan hala tuju peranan jabatan. c. Melaksanakan fungsi bahagian/ unit yang dipertanggungjawabkan mengikut dasar utama jabatan. d. Menyelaras aktiviti bahagian/ unit mengikut sasaran jabatan. e. Menyediakan laporan dan merekod aktiviti bahagian/ unit dalam bentuk minit mesyuarat, kertas laporan, kertas maklum balas, dokumen penerbitan dan sebagainya kepada pihak pengurusan tertinggi atau Ketua Jabatan. f. Menyelaras dan memantau maklumat yang diberi dan diterima berkaitan fungsi bahagian/ unit. g. Mewakili pegawai atasan ke mesyuarat melibatkan pelanggan dari dalam atau luar jabatan dan membuat tindakan susulan terhadap agenda yang dipersetujui. h. Melaksanakan proses penyampaian perkhidmatan berdasarkan fungsi bahagian/ unit di jabatan dengan mengikut tuntutan perubahan, cekap dan berkesan setiap masa. i. Membincang dan menyemak semula setiap tugasan yang diterima dari pegawai bawahan dan atasan untuk meminimumkan ketidaksempurnaan hasil kerja. j. Mengkaji pendekatan kerja yang inovatif untuk diguna pakai demi merealisasikan matlamat jabatan dari semasa ke semasa. k. Membudayakan persekitaran kerja yang penuh integriti dengan penerapan nilai yang bersesuaian dengan matlamat utama jabatan. Memberi gambaran umum fungsi skim perkhidmatan dan tugas utama. Daripada ringkasan tugas, beberapa senarai tugas utama dapat disenaraikan terlebih dahulu untuk mendapatkan gambaran secara makro seperti berikut: Tugas Utama Contoh Penyenaraian Kompetensi Fungsian Andaian (Probable Functional Competency) Pentadbiran Am Pengurusan Pejabat Pengurusan Kenderaan Kewangan Am Keurussetiaan Protokol Penyeliaan Penggubalan Dasar Metodologi Kajian Perundingan Analisis Data Pengurusan Maklumat Pengetahuan ICT Aplikasi Sistem Pengurusan Dokumen Kemahiran Penulisan Perundingan Kemahiran Perundingan Perancangan Strategik Pengurusan Strategik Pemikiran Analitikal
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy