Sistem Pengurusan Prestasi Pegawai Perkhidmatan Awam Malaysia

 104 Penetapan Tahap Kecekapan Kompetensi Fungsian 30. Ketua Perkhidmatan/ Ketua Jabatan berperanan untuk menetapkan tahap kecekapan bagi setiap kompetensi berdasarkan aspek kompleksiti, tanggungjawab dan autonomi mengikut keperluan jawatan tersebut. Penentuan tahap kecekapan kompetensi hendaklah ditetapkan berdasarkan keperluan jawatan dan tidak terikat kepada gred jawatan atau kumpulan perkhidmatan. 31. Tahap skala kecekapan kompetensi fungsian maksimum dan minimum bagi tujuan pemadanan jawatan dan penilaian pegawai hendaklah ditetapkan seperti yang berikut: Tujuan Tahap Minimum Tahap Maksimum Pemadanan pada jawatan 2 5 Penilaian pegawai 1 5 PENILAIAN KOMPETENSI FUNGSIAN PEGAWAI 32. Bagi satu tahun penilaian, PP hendaklah memilih hanya tujuh (7) kompetensi daripada senarai kompetensi jawatan PYD untuk tujuan penilaian. PP dan PYD hendaklah berbincang bagi tujuan penetapan pemilihan kompetensi tersebut. PEMBANGUNAN PEGAWAI BERASASKAN KOMPETENSI FUNGSIAN 33. Penilaian kompetensi fungsian boleh dilaksanakan secara berterusan atau pada bila-bila masa sebaik sahaja pegawai menyandang jawatan. Hal ini bagi membolehkan pegawai yang didapati mempunyai jurang kompetensi dapat mengikuti program pembangunan/ intervensi yang bersesuaian dengan kadar segera. 34. Pengurusan program pembangunan yang sistematik dapat meningkatkan tahap kompetensi pegawai dalam tempoh yang singkat dan seterusnya menyumbang kepada kualiti penghasilan tugas dan mutu penyampaian perkhidmatan awam.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy