103 berkaitan untuk menjalankan fungsi tugasnya dan digunakan untuk membentuk set kompetensi bagi setiap perjawatan dalam organisasi. Kunci Masuk Kamus Kompetensi Fungsian 26. Senarai kompetensi fungsian yang telah dibangunkan berdasarkan prinsip, tatacara dan skala yang ditetapkan hendaklah dikunci masuk oleh Ketua Perkhidmatan ke dalam Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia. Maklumat berkaitan kompetensi fungsian yang perlu dikunci masuk adalah nama kompetensi, keterangan kompetensi dan skala kecekapan kompetensi. TATACARA PEMADANAN KAMUS KOMPETENSI FUNGSIAN 27. Bagi tujuan pembangunan dan penilaian kompetensi pegawai, Ketua Perkhidmatan/ Ketua Jabatan hendaklah menetapkan kompetensi fungsian dan tahap kecekapan kompetensi bagi setiap jawatan dalam organisasi mengikut kompetensi fungsian yang perlu dimiliki oleh pegawai untuk menyempurnakan tugasnya di jawatan tersebut. Pemadanan Kompetensi Fungsian pada Jawatan 28. Ketua Perkhidmatan/ Ketua Jabatan hendaklah memadankan setiap jawatan dengan senarai kompetensi yang terdapat dalam Kamus Kompetensi Fungsian Perkhidmatan Awam berdasarkan kesesuaian kepada fungsi dan peranan yang perlu dilaksanakan oleh jawatan. 29. Tiada jumlah maksimum ditetapkan bagi pemadanan kompetensi pada sesuatu jawatan dan ianya adalah tertakluk kepada keperluan jawatan serta pertimbangan Ketua Jabatan.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy