102 Dimensi Keterangan Kompleksiti Tahap kesukaran pada sesuatu jawatan yang memerlukan pengetahuan, kemahiran, daya pemikiran serta tahap risiko (ketahanan fizikal dan/ atau mental) dalam menjalankan tugas yang berkaitan. Tanggungjawab Kewajipan untuk melaksanakan tugas dan kuasa yang ditetapkan pada sesuatu jawatan termasuk pengawasan/ penyeliaan kakitangan, penyelarasan/ keurussetiaan, kawalan sumber/ peralatan/ bahan dan hubungan dengan pelanggan. Autonomi Had kuasa yang diperuntukkan berdasarkan gred jawatan merangkumi dimensi penyeliaan, kawalan dan bimbingan. 22. Contoh Skala Dan Keterangan Kecekapan Kompetensi Fungsian adalah seperti di Lembaran UP.4.1.1(B2-5) manakala Contoh Format Kamus Kompetensi Fungsian adalah seperti di Lembaran UP.4.1.1(B2-6). KAMUS KOMPETENSI FUNGSIAN PERKHIDMATAN AWAM 23. Senarai kompetensi fungsian yang telah dibangunkan oleh Ketua Perkhidmatan bagi setiap skim perkhidmatan di bawahnya akan membentuk Kamus Kompetensi Fungsian Perkhidmatan Awam. Kamus ini bersifat dinamik dan boleh berubah dari semasa ke semasa selaras dengan berlakunya perubahan atau pertambahan kepada fungsi dan peranan jabatan. 24. Ketua Perkhidmatan yang ingin membuat sebarang perubahan atau pindaan ke atas senarai kompetensi fungsian sedia ada hendaklah memaklumkan kepada Bahagian Perkhidmatan, JPA untuk kelulusan dan membuat pindaan dalam Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia. 25. Kamus ini boleh diguna pakai oleh mana-mana skim/ jawatan dalam perkhidmatan awam sekiranya skim/ jawatan tersebut menggunakan kompetensi yang
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy