Sistem Pengurusan Prestasi Pegawai Perkhidmatan Awam Malaysia

 101 fungsian dengan tepat. Pegawai pula akan dapat memahami keperluan kompetensi jawatan dengan baik bagi membolehkan pegawai melaksanakan tugas dengan berkesan. 20. Skala kecekapan bagi kompetensi fungsian adalah seperti yang berikut: Tahap Terma Keterangan 1 Terhad Pegawai mempunyai pengetahuan/ kemahiran yang terhad dan memerlukan bimbingan dan penyeliaan pada sepanjang masa bagi melaksanakan tugas rutin. 2 Asas Pegawai mempunyai pengetahuan/ kemahiran yang mencukupi dan mampu melaksanakan tugas rutin dengan pemantauan yang kerap. 3 Cekap Pegawai mempunyai pengetahuan/ kemahiran yang lengkap dan mampu melaksanakan tugas rutin dengan pemantauan yang minimum. 4 Efektif Pegawai mempunyai pengetahuan/ kemahiran yang sangat tinggi yang dapat digunakan dalam pelbagai situasi dan berupaya membimbing dan menyelia prestasi dan pembangunan pegawai di bawahnya. 5 Pakar Pegawai mempunyai kepakaran dari sudut kompetensi dan mampu membimbing dan mengurus prestasi dan pembangunan pegawai di bawahnya serta mengurus pihak-pihak berkepentingan. Dimensi Skala Kecekapan Kompetensi Fungsian 21. Pembangunan keterangan skala kecekapan ini hendaklah merangkumi tiga (3) dimensi utama iaitu kompleksiti, tanggungjawab dan autonomi seperti yang berikut:

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy