Sistem Pengurusan Prestasi Pegawai Perkhidmatan Awam Malaysia

 100 Formula Pembentukan Keterangan Kompetensi Fungsian 14. Formula yang boleh diguna pakai bagi membentuk keterangan sesuatu kompetensi fungsian terdiri daripada tiga (3) komponen yang boleh dibangunkan tanpa mengikut susunan, seperti yang berikut: Pengetahuan/ Kemahiran/ Tingkah Laku + Aspek Tugas + Kualiti Hasil 15. Contoh pembentukan keterangan kompetensi fungsian adalah seperti di Lembaran UP.4.1.1(B2-4). Langkah 4: Skala Kecekapan Kompetensi Fungsian 16. Penggunaan skala 1 hingga 5 telah ditetapkan sebagai petunjuk kepada tahap kecekapan kompetensi fungsian bagi membolehkan pengurusan sumber manusia berasaskan kompetensi dapat dilaksanakan. Penyeragaman skala ini juga dibuat bagi memastikan jabatan dapat menggunakan piawaian yang sama semasa menghasilkan kamus kompetensi fungsian masing-masing. 17. Keterangan tahap kecekapan ini telah digubal dengan menyesuaikan konsep Taksonomi Bloom (tahap pengetahuan) dan Taksonomi Dave (tahap kemahiran) dalam konteks perkhidmatan awam. 18. Pembentukan tahap kecekapan yang baik perlu mengandungi ciri-ciri kecekapan yang diharapkan daripada pegawai dan ia mestilah dapat dibezakan dengan jelas. Oleh itu, setiap kompetensi fungsian yang disediakan hendaklah memiliki tahap kecekapan dan keterangan yang tersendiri. 19. Pembentukan keterangan tahap kompetensi fungsian yang komprehensif, jelas dan mudah difahami akan dapat membantu penyelia membuat penilaian kompetensi

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy