99 Langkah 2: Senarai Kompetensi Fungsian Andaian dan Pengujian 9. Berdasarkan senarai tugas utama yang dikenal pasti, langkah berikutnya adalah membangunkan senarai kompetensi fungsian melalui penyenaraian kompetensi fungsian andaian (probable functional competency) yang ditentukan daripada senarai tugas utama. 10. Contoh penentuan tugas utama dan pembentukan senarai kompetensi fungsian andaian berdasarkan dokumen penghuraian kerja (PK) dan deskripsi tugas (JD) adalah seperti di Lembaran UP.4.1.1(B2-1) dan Lembaran UP.4.1.1(B2-2). 11. Senarai kompetensi fungsian andaian perlu diuji berdasarkan prinsip boleh diperhatikan (observable), boleh diukur (measurable) dan boleh dilatih (trainable). Contoh pengujian senarai kompetensi fungsian andaian adalah seperti di Lembaran UP.4.1.1(B2-3). 12. Senarai kompetensi fungsian andaian yang menepati ketiga-tiga prinsip ini merupakan senarai kompetensi fungsian yang muktamad. Langkah 3: Keterangan Kompetensi Fungsian 13. Senarai kompetensi fungsian hendaklah ditakrifkan dalam satu pernyataan yang jelas, tepat dan mudah difahami melalui pembentukan keterangan. Keterangan senarai kompetensi fungsian merupakan satu pernyataan spesifik mengenai jenis pengetahuan, kemahiran dan/ atau tingkah laku yang diperlukan oleh jawatan, jangkaan pelaksanaan tugas dan kualiti yang hendak dicapai.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy