Pengurusan Prestasi

 9 PRINSIP MyPERFORMANCE 6. MyPerformance hendaklah dilaksanakan berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut: (i) adil: kesaksamaan dalam penilaian; (ii) telus: mudah diketahui dan difahami; (iii) objektif: berasaskan kenyataan atau fakta tanpa dipengaruhi oleh pendapat atau prasangka sendiri; (iv) relevan: berasaskan deskripsi tugas (JD) bagi mencapai objektif jabatan atau perkhidmatan yang ditetapkan; dan (v) kebolehasingan: berasaskan keupayaan sistem penilaian untuk mengenal pasti tahap prestasi sebenar pegawai. KEPENTINGAN MyPERFORMANCE 7. MyPerformance mempunyai kepentingan kepada pegawai dan juga perkhidmatan di jabatan seperti yang berikut: (i) meningkatkan penglibatan pelbagai peringkat pegawai dalam proses pengurusan prestasi; (ii) menggalakkan amalan memberi maklum balas prestasi dan pembangunan diri secara berterusan; (iii) membolehkan penilaian prestasi dibuat dengan lebih sistematik dan meyakinkan; (iv) membolehkan Ketua Jabatan melaksanakan pengurusan prestasi mengikut fungsi dan peranan jabatan; (v) menggalakkan persaingan positif sesama pegawai bagi meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan; dan (vi) membolehkan maklumat pengurusan prestasi digunakan bagi pelbagai tujuan pengurusan sumber manusia seperti yang berikut:

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy