98 pewujudan sesuatu jawatan. Akauntabiliti merupakan satu atau beberapa kenyataan spesifik yang menggambarkan hasil atau output kepada sesuatu tugas yang dilaksanakan dan tidak merujuk kepada senarai tugas atau aktiviti yang berkaitan dengan sesuatu tugas. (iii) Tugas Utama Merupakan senarai tugas utama yang dikenal pasti dalam mencapai akauntabiliti yang ditetapkan. 8. Contoh deskripsi tugas (JD) adalah seperti yang berikut: Bil. Akauntabiliti Tugas Utama 1. Melaksanakan urusan pengesahan lantikan, elaun dan kemudahan bagi membolehkan agensi menjalankan fungsi yang ditetapkan dengan cekap dan berkesan. 1. Menyemak dan menganalisis data. 2. Mengadakan sesi rundingan/ perbincangan. 3. Menyediakan kertas makluman/ pertimbangan. 4. Mengesyorkan cadangan. 2. Melaksanakan urusan pembangunan organisasi bagi memastikan agensi mempunyai struktur organisasi yang efektif dan skim perkhidmatan yang sesuai. 1. Menyediakan pelan perancangan. 2. Menyediakan kertas permohonan. 3. Mengadakan sesi rundingan dengan JPA. 4. Menyediakan kertas pertimbangan. 3. Melaksanakan urusan tatatertib bagi pegawai perkhidmatan awam persekutuan. 1. Menjalankan siasatan ke atas pertuduhan. 2. Menyediakan kertas pertimbangan tatatertib. 4. Melaksanakan kajian dasar berkaitan urusan perkhidmatan, kemajuan kerjaya, prestasi dan tatatertib. 1. Menjalankan kajian makro dan mikro berkaitan urusan perkhidmatan awam. 2. Menganalisis data dan kajian risiko. 3. Mengadakan sesi perbincangan bersama pihak berkepentingan. 4. Menyediakan kertas dasar. 5. Menyediakan pekeliling, surat pekeliling, surat edaran.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy