97 TATACARA PEMBANGUNAN KAMUS KOMPETENSI FUNGSIAN 6. Empat (4) langkah bagi pembangunan kamus kompetensi fungsian adalah seperti yang berikut: Langkah 1: Penentuan Senarai Tugas Utama 7. Senarai tugas utama boleh ditentukan berdasarkan dua (2) sumber seperti yang berikut: (a) dokumen penghuraian kerja (PK) khususnya berkaitan dengan Ringkasan Tugas dan Skop Fungsi dan Tugas; dan (b) dokumen deskripsi tugas (JD). Penentuan tugas utama jawatan boleh dikenal pasti melalui komponen-komponen seperti yang berikut: (i) Tujuan Pewujudan Jawatan Menerangkan keperluan/ justifikasi sesuatu jawatan secara umum dalam satu kenyataan merangkumi keseluruhan akauntabiliti. Pewujudan jawatan ini juga boleh dikenal pasti dengan merujuk carta organisasi dan carta fungsi jabatan. (ii) Akauntabiliti Merupakan tanggungjawab utama dalam sesuatu tugas yang dilaksanakan dan dapat memberikan hasil bagi mencapai tujuan Langkah 1 Langkah 2 Langkah 3 Langkah 4 Penentuan Senarai Tugas Utama (Penghuraian Kerja (PK) dan JD) Senarai Kompetensi Fungsian Andaian dan Pengujian Keterangan Kompetensi Fungsian Skala Kecekapan Kompetensi
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy