96 Bil. Prinsip Maksud 3. Boleh dilatih Tahap penguasaan sesuatu kompetensi itu boleh ditingkatkan melalui program pembangunan dan latihan berstruktur bagi membolehkan tugas di gred jawatan dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PANEL PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA 5. Peranan dan tanggungjawab Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) adalah seperti yang berikut: (a) mengadakan taklimat dan menyelaras penyediaan kamus kompetensi fungsian bagi setiap skim perkhidmatan mengikut fungsi jabatan; (b) memastikan keseragaman kamus kompetensi fungsian di bawah Ketua Perkhidmatan masing-masing adalah berdasarkan prinsip, tatacara dan skala yang ditetapkan dalam Ceraian ini; (c) memuat naik senarai dan skala kompetensi fungsian ke dalam Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia; (d) pemadanan set kompetensi berdasarkan jawatan; dan (e) melaksanakan naziran dan audit pematuhan dari semasa ke semasa.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy