95 LAMPIRAN UP4.1.1(B2) PEMBANGUNAN DAN PENETAPAN KOMPETENSI FUNGSIAN 1. Setiap Ketua Perkhidmatan/ Jabatan perlu membangunkan kamus kompetensi fungsian bagi setiap skim perkhidmatan di bawahnya mengikut fungsi dan peranan jabatan masing-masing. Kamus ini perlu dikunci masuk ke dalam sub modul Kamus Kompetensi Fungsian bagi membolehkan penilaian kompetensi fungsian dilaksanakan dalam tahun penilaian. 2. Kamus kompetensi fungsian boleh dibangunkan oleh Ketua Perkhidmatan/ Ketua Jabatan melalui pelbagai kaedah yang bersesuaian seperti perbincangan kumpulan, proses temu duga atau instrumen kaji selidik serta merujuk kepada sumber maklumat/ data terkini dan jangkaan keperluan perkhidmatan pada masa hadapan. 3. Pengurusan sumber manusia berasaskan kompetensi dapat digunakan dalam pelbagai aspek sumber manusia antaranya seperti pengambilan, penempatan, pengurusan latihan, kemajuan kerjaya dan prestasi pegawai. PRINSIP ASAS PENENTUAN KOMPETENSI FUNGSIAN 4. Sesuatu kompetensi fungsian hendaklah memenuhi prinsip boleh diperhatikan (observable), boleh diukur (measurable) dan boleh dilatih (trainable). Bil. Prinsip Maksud 1. Boleh diperhatikan Sesuatu pengetahuan, kemahiran dan/ atau tingkah laku yang dapat dipamerkan secara jelas dan nyata. 2. Boleh diukur Sesuatu pengetahuan, kemahiran dan/ atau tingkah laku itu dapat dibezakan berdasarkan tahap kecekapan dan penguasaan.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy