6 4. Selaras dengan strategi Kerajaan untuk membangunkan kompetensi dan membudayakan nilai dalam pengurusan bakat perkhidmatan awam bagi meningkatkan produktiviti negara, inisiatif penyesuaian sistem pengurusan prestasi berasaskan fungsi dan peranan jabatan serta pemberian ganjaran berasaskan prestasi diperkenalkan. Inisiatif ini merangkumi pengenalan Sistem Pengurusan Prestasi Baharu iaitu MyPerformance yang menambah baik tadbir urus pengurusan prestasi, aspek dan kriteria penilaian, wajaran markah prestasi, format dan kandungan borang laporan penilaian prestasi bagi memperkasa (empower) pengurusan sumber manusia di jabatan masing-masing. TAFSIRAN 5. Bagi maksud pemakaian Ceraian ini— “akauntabiliti” ertinya tanggungjawab utama dalam sesuatu tugas yang dilaksanakan dan dapat memberikan hasil bagi mencapai tujuan pewujudan sesuatu jawatan; “deskripsi tugas (JD)” ertinya dokumen yang menjelaskan tujuan pewujudan sesuatu jawatan dengan mengambil kira komponen akauntabiliti, tugasan utama dan kompetensi yang diperlukan bagi sesuatu jawatan dalam jabatan; “gelaran jawatan” ertinya panggilan atau nama yang diberikan kepada jawatan yang digunakan oleh sesuatu jabatan dalam melaksanakan aktivitinya, yang turut menentukan kedudukannya dalam jabatan tersebut dan rantaian arahan (chain of command); “intervensi” ertinya langkah-langkah yang diambil untuk mewujudkan perubahan yang positif kepada pegawai; “jabatan” termasuklah—
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy