78 luar kawalan pegawai contohnya seperti perubahan dasar Kerajaan, kekangan sumber atau bencana. 8. Antara sumber rujukan yang boleh digunakan bagi menetapkan objektif penyampaian perkhidmatan jabatan, petunjuk prestasi utama dan nilai sasaran tahunan adalah seperti yang berikut: (a) rancangan atau pelan peringkat nasional; (b) misi, visi dan fungsi jabatan; (c) pelan strategik jabatan atau perkhidmatan; (d) pelan operasi bisnes; (e) Bajet Berasaskan Outcome (OBB); (f) dimensi Tujuan Pewujudan Jawatan dan Akauntabiliti dalam deskripsi tugas (JD); (g) piagam pelanggan; (h) prosedur operasi standard; atau (i) perbincangan antara PP dan PYD. Contoh penulisan objektif penyampaian perkhidmatan dan petunjuk prestasi utama di peringkat pasukan atau individu serta pengisian berdasarkan format Sasaran Kerja Utama (SKU) adalah seperti di Lembaran UP.4.1.1(B1-1). 9. Ketua Jabatan hendaklah memastikan penghasilan kerja perkhidmatan teras (core business) atau bukan teras diseragamkan atau dijajarkan dengan pengukuran prestasi jabatan seperti KPI dan Bajet Berasaskan Outcome (OBB) melalui platform yang bersesuaian seperti seminar perancangan strategik atau apa-apa jawatankuasa yang ditubuhkan di peringkat jabatan.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy