Sistem Pengurusan Prestasi Pegawai Perkhidmatan Awam Malaysia

 77 Contoh penulisan bagi subperenggan 4(c)(i) adalah seperti yang berikut: Unit Pengukuran Kecekapan/ Keberkesanan Diharapkan Peratus aduan kerosakan fasiliti diselesaikan dalam tempoh 14 hari dari tarikh aduan diterima. Purata skor penilaian sekurang-kurangnya 5.5 dalam skala 1 hingga 7 bagi perkhidmatan landskap dan pembersihan. Contoh penulisan bagi subperenggan 4(c)(ii) adalah seperti yang berikut: Kecekapan/ Keberkesanan Yang Diharapkan Projek A disiapkan pada bulan November. Pengurangan kadar peniaga kecil yang berniaga tanpa lesen. Peningkatan keluaran padi (metric tonne). (d) berdasarkan ciri-ciri S.M.A.R.T. 5. Setiap petunjuk prestasi utama hendaklah diagihkan kepada pasukan atau jawatan pegawai berdasarkan akauntabiliti yang ditetapkan dalam deskripsi tugas (JD). Setiap petunjuk prestasi utama hendaklah mempunyai unit pengukuran dan nilai sasaran yang ingin dicapai dalam tempoh satu tahun. 6. Petunjuk prestasi utama yang telah dikenal pasti hendaklah dimasukkan ke dalam ruangan Nama Sub SKU dalam komponen Sasaran Kerja Utama (SKU) Modul Pengurusan Prestasi – MyPerformance. 7. Proses semakan dan penetapan semula Sasaran Kerja Utama (SKU) boleh dilaksanakan dari semasa ke semasa berdasarkan arahan Ketua Jabatan akibat situasi di

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy