Sistem Pengurusan Prestasi Pegawai Perkhidmatan Awam Malaysia

 76 Impak/ Outcome Objek Kecekapan Perkhidmatan Pemanduan Kecekapan dan Keberkesanan Perkhidmatan Keselamatan Kerajaan (f) berdasarkan ciri-ciri Specific, Measurable, Attainable, Relevant and Time bound (S.M.A.R.T.). 3. Objektif penyampaian perkhidmatan jabatan yang telah dikenal pasti hendaklah dimasukkan ke dalam ruangan Nama SKU dalam komponen Sasaran Kerja Utama (SKU) Modul Pengurusan Prestasi – MyPerformance. 4. Petunjuk prestasi utama bagi sesuatu pasukan atau individu pula dibangunkan berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut: (a) petunjuk prestasi utama hendaklah mengukur kecekapan atau keberkesanan hasil kerja. Pengukuran output seperti bilangan atau kuantiti dibenarkan namun tidak digalakkan memandangkan ia tidak dapat mengukur dengan jelas nilai atau kualiti penghasilan sesuatu tugas atau aktiviti yang dilaksanakan; (b) tiada had petunjuk prestasi utama namun sebaik-baiknya tidak melebihi tiga petunjuk prestasi utama bagi setiap objektif penyampaian perkhidmatan; (c) bentuk penulisan adalah seperti yang berikut: (i) Unit Pengukuran + Kecekapan/ Keberkesanan; atau (ii) Kecekapan/ Keberkesanan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy