Sistem Pengurusan Prestasi Pegawai Perkhidmatan Awam Malaysia

 74 LAMPIRAN UP.4.1.1(B1) PANDUAN PENYEDIAAN DAN PENETAPAN PENGHASILAN KERJA MENGGUNAKAN FORMAT SASARAN KERJA UTAMA PENETAPAN PENGHASILAN KERJA 1. Penetapan penghasilan kerja di peringkat pasukan atau individu boleh dilaksanakan berdasarkan proses di Rajah 1. Rajah 1 Proses Penetapan Penghasilan Kerja 2. Secara prinsipnya, objektif penyampaian perkhidmatan jabatan dibangunkan berdasarkan perkara-perkara yang berikut: (a) penjajaran hala tuju, dasar, pelan dan wawasan sama ada di peringkat nasional atau jabatan masing-masing; (b) objektif penyampaian bagi perkhidmatan teras (core business) atau bukan teras sesebuah jabatan yang dipertanggungjawabkan kepada bahagian/ cawangan/ unit dan perlu dilaksanakan oleh pasukan, individu atau jawatan tertentu; (c) bagi mana-mana jawatan yang tidak menyokong secara langsung objektif penyampaian perkhidmatan jabatan contohnya seperti jawatan Setiausaha Pejabat, objektif penyampaian perkhidmatan hendaklah berpandukan Kenal Pasti Objektif Penyampaian Perkhidmatan Jabatan Kenal Pasti Petunjuk Prestasi Utama Tetapkan Akauntabiliti Tetapkan Nilai Sasaran Tahunan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy