5 CERAIAN UP.4.1.1 DASAR BAHARU PENGURUSAN PRESTASI KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL DAN KUMPULAN PELAKSANA (MyPERFORMANCE) TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan memberikan panduan pelaksanaan pengurusan prestasi di bawah MyPerformance bagi pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana dalam perkhidmatan awam. LATAR BELAKANG 2. Sistem Saraan Malaysia yang diperkenalkan sejak tahun 2002 melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002: Pelaksanaan Sistem Saraan Malaysia Bagi Anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan adalah berteraskan kompetensi dalam pengurusan sumber manusia perkhidmatan awam. Kompetensi ini bertujuan untuk menggalakkan pembangunan diri melalui pembelajaran berterusan, penguasaan pengetahuan, kemahiran, kreativiti dan inovasi dalam pelaksanaan tugas, melahirkan pekerja berpengetahuan yang dapat meningkatkan keupayaan dan daya saing perkhidmatan awam serta mampu memenuhi jangkaan pelanggan yang semakin meningkat. 3. Bagi mencapai hasrat tersebut, penambahbaikan terhadap sistem penilaian prestasi telah dilaksanakan melalui Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2009: Pemantapan Pengurusan Sistem Penilaian Prestasi Pegawai Perkhidmatan Awam.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy