Pengiktirafan Pegawai Perkhidmatan Awam

 70 boleh mengemukakan semula permohonan pada tahun berikutnya berdasarkan markah prestasi terkini dan hendaklah memenuhi syarat- syarat yang ditetapkan di perenggan 6 dan 7 Ceraian ini; dan (c) Pegawai yang telah diluluskan BIPs tidak perlu mengemukakan permohonan baharu bagi tahun seterusnya selagi BIPs tidak dihentikan. Carta Alir Proses Kerja BIPs bagi Penerima Sedia Ada adalah seperti di Lampiran UP.5.1.3(E) . (ii) Pembayaran (a) Kadar BIPs adalah pada kadar satu (1) Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) yang diterima pegawai di gred semasa; (b) Pembayaran BIPs hanya dilaksanakan setelah berakhir tahun penilaian dan mendapat keputusan PPSM; dan (c) BIPs dibayar secara bulanan bagi tempoh Januari hingga Disember dalam tahun pembayaran dan tidak boleh dikebelakangkan ke tahun sebelumnya . (iii) Pemberhentian (a) BIPs akan terhenti mulai tarikh pegawai — i. Cuti Tanpa Gaji, Cuti Separuh Gaji, Cuti Belajar Bergaji Penuh, Cuti Belajar Separuh Gaji atau Cuti Belajar Tanpa Gaji; ii. ditukar sementara, dipinjamkan, diberi penempatan khas atau penempatan silang ke sesuatu jawatan/Agensi; iii. dikenakan hukuman tatatertib turun pangkat atau buang kerja; iv. memangku ke gred kenaikan pangkat seterusnya; atau v. bersara, melepaskan jawatan, meletakkan jawatan, ditamatkan perkhidmatan atau meninggal dunia.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy